Monday, December 21, 2015

Dunia ini sebuah bilik yang gelap, Ilmulah yang menjadi lampunya

Para pembaca yang dirahmati Allah S.W.T

Saya mulakan perbicaraan ilmu kita pada kali ini dengan ucapan mulia,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Kalaulah saya bertanyakan kepada anda sekarang... kenapa anda ingin membaca penulisan saya ini? Sudah pasti, kita inginkan pengetahuan... Ya.... Pengetahuan

Dunia ini diibaratkan seperti bilik yang gelap. Insan yang tinggal di dunia ini akan berada dalam keadaan yang gelap gelita. Yang menjadi cahaya untuk menerangi kehidupan mereka ialah ILMU.
Pentingnya ilmu ini, kerana ia dapat membezakan antara baik dan buruk. Orang yang tidak berilmu, mereka akan ragu-ragu yang mana benar atau salah.

Orang yang berilmu boleh berfikir dengan cara yang terbaik berdasarkan ilmu yang dipelajari.Sebaliknya, untuk orang yang tidak berilmu, mereka akan berhujah hanya dengan menggunakan akal dan logik semata-mata.

Sebenarnya. hujah-hujah kita perlu disertakan dengan dalil. Sebagai contoh, kalau kita solat, bagi orang yang berilmu mereka akan mengatakan bahawa solat itu perintah Allah sebagaimana Firman Allah, " dan dirikanlah solat "... Dan solat ini ditunaikan berdasarkan pada apa yang Rasulullah lakukan... Sabda baginda " Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat "... Pembaca-pembaca sekalian, itu merupakan jawapan orang yang berilmu. Penuh hujah dan dalil yang kukuh.

Bagi orang yang tidak berilmu, mereka boleh katakan bahawa solat itu mesti. Akan tetapi mereka kurang jelas tentang mengapa mereka harus solat. Mereka tidak mengetahui tentang dalil atau hujah tentang solat kerana tiada ILMU. Maka dengan itu, timbullah ajaran sesat yang meringan-ringankan lagi hal-hal agama seperti solat boleh dijamakkan sesuka hati dan solat pakai niat.

INGAT... Agama Islam itu mudah dan tidak perlu dipermudahkan lagi

Melalui contoh tadi, kita dpat lihat akan kepentingan ILMU dalam memastikan segala amalan dan urusan harian kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Selagi mana kita berpegang kepada kedua-duanya, InsyaAllah tidak akan sesat.

Sabda Rasulullah S.A.W , "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara...Tidak akan kamu sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya.. Itulah Al-Quran dan Sunnah".

Bercakap tentang ilmu ini sangat luas. Cuma untuk kali ini, saya hanya ingin memberitahu bahawa pembelajaran itu sangat penting dalam kehidupan kita. Tidak semestinya kita bukan pelajar sekolah, kita tidak perlu belajar. Tidak semestinya kita sudah dalam alam pekerjaan, kita sudah tidak perlu belajar..Tidak... Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak pernah berakhir..Sehinggakan kita nak mati pun ada orang akan membimbing kita untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah Surah Al-Alaq ayat 1. Berbicara tentang peri pentingnya MEMBACA... Melalui pembacaan, ilmu itu dapat disalurkan.Pada zaman yang serba moden ini, ilmu mudah untuk didapati... Kalau malas nak baca buku, buka video dan dengar penerangannya. Mudah sekali.

Cuma sebelum saya tamatkan penulisan saya pada kali ini, ingin saya ingatkan. Pada zaman akhir ini, ilmu yang tidak sahih semakin berleluasa. Berhati-hati ketika memilih guru untuk belajar. Jika menggunakan sumber dari internet, pastikan ianya Sahih. Kita boleh jadikan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang kita kenal sebagai rujukan. Ramai sekarang ni yang ada. Kalau tak ada, carilah ya.. Demi menjaga diri kita daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

Itu sahaja pada kali ini... Salah silap harap ditegur dengan hikmah

Wallahu a'lam

Thursday, December 10, 2015

Berbaik dengan Allah, maka engkaulah manusia terbaik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca yang merupakan bakal penghuni syurga Allah

Saya yakin dan percaya, sudah menjadi fitrah manusia, mereka mahu menjadi yang terbaik pada pandangan orang lain. Maka dengan itu mereka akan bertambah keyakinan dan lebih berpengaruh.Antara cara untuk jadi yang terbaik senang je, kita kawanla dengan orang-orang besar jawatannya... Bila kita berbaik baik dengan mereka maka kita juga akan dapat kelebihannya.


Namun, sedarkah kita siapakah yang terbaik? Tak lain tak bukan Dialah Allah. Maka jika kita berbaik baik dengan Allah, sudah pasti kita akan jadi manusia yang terbaik. Istilah berbaik baik di sini bermaksud kita sedaya upaya memenuhi segala kehendak dan perintah Allah dan sanggup meninggalkan perkara yang Dia tak suka.

Dengan izin Allah kita akan mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. Lebih baik kita kejar jawatan sebagai ahli syurga di akhirat kelak daripada mengejar jawatan dunia yang bersifat sementara.
Ingat... Allah sentiasa dekat dengan kita semua..Banyak ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa Allah sentiasa dekat dengan hambaNya

Antaranya:

Surah Qaf ayat 16

....Dan kami lebih dekat padanya daripada urat lehernya

Surah Al-Baqarah ayat 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu

Lihat .... kita sangkakan Allah jauh dari kita
Padahal, Dia sentiasa menunggu saat kita kembali kepadaNya (^_^) sweetkan?

So, bila kita dekat dengan Allah yang Maha Kuasa , Maha Tinggi maka kita akan jadi manusia yang terbaik... Kenapa? sebab Allah lah yang terbaik daripada segala yang terbaik

Sunday, September 20, 2015

Jenis-jenis Takbir Raya

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana kita dah nak masuk 10 Zulhijjah...apa tu?... Raya Aidiladha la.... Islam ada 2 perayaan...yang kita duk beria sangat tu Aidilfitri... yang kita duk potong kepala lembu tu Aidiladha...

Jadi, saya tak nak cerita pasal perayaan tu secara kesuluruhan...Tapi apa yang nak dikongsikan ialah berkenaan takbir.Sebenarnya saya baru balik dari masjid, dan ustaz tadi ada ceramah pasal takbir, so saya rasa terpanggil untuk sebarkan perkara ni.

Ok... Takbir ada dua jenis, iaitu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
Kita pergi one by one ya...

Takbir Mursal : inilah takbir yang kita selalu buat ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha...bermulanya takbir selepas waktu Maghrib pada malam hari raya tersebut sehinggalah Pak Imam angkat takbir untuk solat raya.

Takbir Muqayyad : takbir ni dikhususkan untuk Aidiladha...bermula takbir ini pada Subuh 9 Zulhijjah hingga hari ketiga Tasyriq ( Raya ke-4 ) selepas waktu Asar.

So itulah sedikit sebanyak yang mampu dikongsikan kali ini. Jika nak kaitkan untuk takwim tahun ni, kita akan mula bertakbir pada hari Rabu ni selepas subuh sampailah Asar Ahad ini.. So jangan peliklah kalau Pak Imam bertakbir sehari sebelum raya. Jangan ada pulak yang kata Tok Imam tak pandai tengok kalender, hang tu yang tak blajor.. (Zapp) haha..

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Sebuah Pengorbanan Ke Arah Kebenaran

*Sebarang persoalan atau cadangan boleh dikemukakan di ruang komen


Sunday, May 31, 2015

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Apa khabar sidang pembaca blog sekalian???

Harap-harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat

 Jika Rejab, adanya Israk Dan Mikraj . Jika Ramadhan , adanya nuzul quran dan lailatul qadr

 Maka pada bulan Syaaban, Allah kurniakan Nisfu Syaaban. Dalam bahasa melayunya ialah separuh

Syaaban.

 Pada ketika ini, Allah S.W.T mengarahkan malaikat untuk mengangkat buku-buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan yang baharu.Semestinya kita mahu hanya amalan baik sahaja yang tertulis dalam buku amalan kita kan?So, banyakkan amalan-amalan selain amalan wajib.

 Menurut amalan sesetengah orang-orang yang soleh, mereka akan membaca Yassin sebnyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban.Hal ini untuk memastikan amalan terakhir yang tercatat dalam buku amalan kita sebelum ditukar ialah amalan-amalan yang baik. Sememangnya ada yang mengatakan bahawa perbuatan tersebut merupakan bida'ah.Namun, bida'ah tersebut bersifat hasanah, tidak mendatangkan sebarang kemusykilan dan ragu-ragu untuk melakukannya. Hal ini kerana perbuatan tersebut dikira sebagai ibadah yang sunat, kebiasaan dilakukan oleh kita semua. Yang penting niat ibadah kita kepada Allah.

 Dalam bulan Syaaban juga, kita disarankan untuk menjaga tahap kesihatan kita supaya kita dapat beribadah denan baik sewaktu Ramadhan. Bayangkan kalau kita sakit masa puasa Ramadhan.. Kan rugi. So, jaga kesihatan , minum air yang banyak. Amalkan pemakanan yang seimbang. Senang citer, ikut sunnah Rasulullah S.A.W.

 Firman Allah : Sesungguhnya adalah pada kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.

Friday, January 2, 2015

Andai Rasulullah Tiada

Assalamualaikum ... pembaca pembaca yang disayangi Allah sekalian, salam maulidurrasul..sempena dengan hari maulid nabi ini, ingin saya postkan satu persoalan kepada anda semua...apa persoalannya? andai Rasulullah tiada,apakah yang akan terjadi? Allahuakbar..sangat sukar untuk kita bayangkan jika rasulullah tidak wujud ... 1.tiada baginda maka tiadalah akhlak mulia,, 2.tiada baginda maka tiadalah empayar islam,, 3.tiada baginda maka golongan wanita terus ditindas. dan banyak lagi yang anda semua boleh fikirkan sendiri Allah berfirman bahawa Rasulullah itu rahmat sekalian alam...oleh itu kita perlu bersyukur atas rahmat Allah yang paling besar ini... Beruntunglah...beruntunglah...diutus nabi muhammad... salam maulidurrasul...

Wednesday, December 17, 2014

Bala Oh Bala

Bala.....Bala....kenapa engkau datang wahai bala? Cukuplah setakat ini sahaja...

Orang Melayu menyebutnya sebagai "bala". Dalam Islam ia disebut sebagai "musibah".Sidang pembaca yang saya hormati, bala ini suatu ujian atau balasan? Maka perlulah kita ingat, sama ada ujian atau balasan, kedua-duanya sama sahaja. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dengan huraiannya , "Apabila kamu ditimpa musibah katalah Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji'uun".

Allah kata apa?
Allah kata seandainya kita ditimpa MUSIBAH, maka ingatlah Allah dengan menyebut zikir di atas.
AllahuRabbi... Itu tujuan sebenar diturunkan musibah. Maka hendaklah kita muhasabah diri apabila ditimpa musibah.Bukan mengeluh dengan menyalahkan sunnatullah.


Oleh itu, tidak kiralah apa jua jenis musibah yang menimpa kita...Redhaaaa...Sangkaaa Baikkk! 

Allah pun dah kata dah dalam satu firman yang mana musibah atau ujian ni boleh datang dengan pelbagai bentuk . Antaranya,

1.Kematian orang tersayang
2.Kegawatan ekonomi
3.Ketandusan hasil tanaman
dll.

Di negara kita, tidaklah seteruk negara lain jika hendak dibandingkan dengan bencana alam. Negara kita tidak mengalami tsunami , gempa bumi dan sebagainya tetapi hanyalah bencana alam yang kecil seperti tanah runtuh dan banjir. Maka dengan sekecil-kecil musibah itu harus kita mengambil iktibar sebelum Allah turunkan yang lebih besar.Na'uzubillah. 

Kata-kata akhir daripada saya, ingatlah huraian ayat Al-Quran ini

"Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya"

Maka setiap kali ditimpa musibah. INGATLAH! SAYA BOLEH! SAYA BOLEH! SAYA BOLEH!

Tuesday, December 16, 2014

Apa itu dakwah?

Pembaca-pembaca yang saya hormati sekalian,,,

Dakwah? What is that? Ha... Asalnya daripada perkataan Arab yang bermaksud ajak.. Ajak apa bro? ajak buat benda baik.. So ajak buat benda baik ini tersangat luas.Tidak semestinya kita kene bergelar ustaz/ah baru nak jadi pendakwah sedangkan dakwah itu suatu kewajipan kepada kite.. paham?

KEWAJIPAN UNTUK SEMUA. dalil???

Sesiapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa),jika tidak mampu maka dengan lisan (nasihat), jika tidak mampu maka dengan hati (benci) dan itu adalah selemah-lemah iman

Ni nabi yang bersabda. Baginda kata apa? baginda kata "sesiapa di antara kalian" <<< Maksudnya apa? maksudnya tak kiralah siapa-siapa pun.. doktor ke, jurutera ke, arkitek ke... semua wajib ajak orang yang melakukan kemungkaran ke arah kebaikan.. Itu dakwah.

Tak perlu tunggu sampai boleh jadi penceramah, duduk kat kerusi kuliah, pegang kitab.. takk... apa jua cara pon boleh... ni saya tengah tulis blog ni pon suatu dakwah.

Kalau nak citer pasal dakwah ni memang takkan habis. Dakwah dengan lisan, percakapan dan sebagainya.
Kalau kita pakai pakaian secara menutup aurat, itu dah dikira sebagai dakwah. Apa lagi? Tak pernah mencarut juga merupakan dakwah... Nampak tak? secara tak langsung kita dapat tarik minat orang untuk jadi baik.. itu lah dakwah.. bukan bagi ceramah semata-mata... harap semua faham ya :D

Insya-Allah jika ada kesempatan saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan hadis di atas

3 Syarat Untuk Buat Maksiat

Ha....pembaca sekalian... nak buat maksiat??? Boleh tapi kene ikut 3 syarat ini. Kalau anda boleh ikut syarat-syarat ni maksudnyer anda boleh buat maksiat.Sama ada dah tahu atau belum jom kita tengok sama-sama:

1: Kalau nak buat maksiat jangan gunakan apa-apa rezeki yang Allah turunkan selepas buat maksiat tu.

Maksudnya,lepas buat maksiat tu anda tak boleh makan minum, pakai baju, pakai seluar, pegang duit sebab semua tu rezeki kurniaan Allah. BUANG SEMUA TU! Termasuk tubuh badan sekali sebab itu pun rezeki daripada Allah. Hah macam mana tu? Fikirkan

2. Kalau nak buat maksiat boleh tapi jangan buat atas apa sahaja ciptaan Allah

 Maksudnya, masa nak buat maksiat tu jangan pijak pun apa-apa yang datangnya daripada ciptaan Allah contohnya, rumput, tanah, karpet, tilam, lantai sebab semua bende tu asal-usulnya daripada ciptaan Allah jugak. Haih.. macam mana nak buat maksiat ni?

3. Kalau nak buat maksiat boleh tapi kena buat kat tempat Allah takkan nampak.



Maksudnya kita kene cari kat mana tempat Allah takkan nampak yang kita buat maksiat.Mungkin bawah tanah atau bilik tersembunyi. Tapi Allah itu Al-Basir (Maha Melihat).. Aduish... macam mana nak buat maksiat ni?

Konfem-konfem lah kita semua tak boleh nak penuhi syarat tersebut kan??? Maka tak boleh la kita nak buat maksiat. So bila-bila nak buat maksiat ingat syarat-syarat ni. Kalau tak leh ikut maka haramlah kita buat maksiat. 

Sumber: Sebenarnye benda ni saya ambil daripada sebuah cerita yang mengisahkan antara seorang pelaku maksiat yang bertemu dengan seorang ulama untuk mendapatkan pertolongan baginya menjauhi maksiat lalu ulama itu berkata kepadanya bahawa dia boleh melakukan maksiat tetapi dengan 3 syarat ( yang di atas )




Tuesday, December 2, 2014

Erti Persahabatan

Kawan atau sahabat atau rakan atau sodiq atau friend atau Freund and macam macam lagi lah, merupakan insan yang sangat berjasa kepada kita tau tak???? Hang sedaq tak selama ni kita dapat belajar, dapat kegembiraan sebahagian besarnya datang daripada kewujudan insan yang bernama SAHABAT. So,kalau kita sombong ngan kawan tu memang biadap sangat sangat... Tak tahu nak bersyukur.. Allah berfirman huraiannya , kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat kita.Kalau kita tak syukur? maka tak ada lah nikmat daripada Allah. Pastu mulalah nak mengadu tak cukup itulah tak cukup inilah.

Nilai persahabatan tu sangat tinggi sehinggakan sesiapa yang buat hubungan persahabatan pastu dia putuskan tanpa sebab, akan dimasukkan ke dalam api neraka Na'uzubillah.So benda-benda yang melibatkan dengan neraka jangan main main bro,sis,pak,mak,cik,datin,dato... semua semua lah ye... Api neraka telah diciptakan untuk membakar dosa-dosa manusia... So kembali kepada hal persahabatan kita tadi... Bila kawan kita buat kita sakit hati, bencilah terhadap perbuatannya sahaja... Jangan hang pi benci kat diri dia.. SEBAB APA? haa..ni nak habaq mai kat hang ni.... bila kita benci perbuatannya,maka kita akan nasihat dia.. Tapi kalau benci diri dia maka kita akan tinggalkan dia.. nampak tak? kalu napok dak pe.. kene pahang betul2 bab berkawang ni... jangang maing2... suke suke jugok tapi jangan biarkan persahabatan kita itu menyebabkan kita ke neraka... k.. cukup setakat tu buat kali ni...

Saturday, December 7, 2013

Memulakan kembali penulisan BLOG....

Assalamualaikum! Hmm... lama da tak tulis blog ni.... Tapi x pe...selepas ada semangat baharu dari seseorang ni...nak mula balik ye...Insya-Allah banyak benda yang berguna kita dapat kongsi bersama-sama...

Friday, March 30, 2012

KeLebIHan BaHaSa ArAb

1.Bahasa Al-Quran
2.Bahasa para nabi
3.Bahasa ahli syurga
4.Bahasa ilmu pengetahuan

=D Oleh itu,mari teruskan pembelajaran bahasa arab...walaupun kebanyakan dari kita "FAIL" tapi kita telah berusaha untuk memahami bahasa rasmi agama ISLAM kita =D

Monday, March 12, 2012

KeLEbIhAn OrAnG YaNg SeLaLU SeNyUm =)

Antara kelebihannya ialah:

1) Org lain tidak mudah bersangka buruk kpd kita
2) Menghilangkan stress
3) Menarik minat org lain utk bergaul bersama kita
4) Ilmu mudah dipelajari
5) DAN YG AKHIR SEKALI  , RASULULLAH MEMESAN KPD UMATNYA SUPAYA SENTIASA  "SENYUM" SEBAGAI BENTENG IMAN.

Rasulullah pernah bersabda : Antara salah satu ciri-ciri anak yg soleh/ah, seseorang itu sentiasa senyum di hadapan ibubapa mereka supaya ibubapa mereka senang hati walaupun sebenarnya menghadapi kesedihan. =)

BUAT TANTAPAN SEMUA PEMBACA =) =) =)

Sunday, March 11, 2012

Ilmu Allah

قال النبى الله عليه وسلم : العِلمُ امامُ والعملُ تابعُهُ
Ilmu adalah imam kepada amal dan amal adalah makmumnya.
قال النبى الله عليه وسلم : إن النور  إذا دخل القلب انفسخ وانشرح
Sesungguhnya Nur atau Cahaya, apabila telah masuk ke dalam hati manusia, hatinya akan menjadi lapang dan lega.



Saya rasa anda semua sudah mempelajari maksud 'Ilmu' ... Imam Syafie pernah berkata : Jika daun-daun menjadi kertas dan laut menjadi dakwat,tidak cukup untuk aku menulis segala ilmu yang ada di dalam dunia ini...

Friday, July 29, 2011

!اهلان يا رمضان


Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 183 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. “
Bulan Ramadhan tidak boleh dibandingkan dengan bulan yang lain kerana padanya terdapat perlbagai kelebihan dan keistimewaan serta limpahan rahmat dan keampunan daripada Allah. Sabda Rasullah Saw :
Maksudnya : “Apabila datangnya ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai syaitan-syaitan.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Sabda Baginda SAW :
“Sesungguhnya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan Ar Rayyan, orang-orang yang berpuasa sahaja memasukinya manakala orang lain selain meraka tidak dibenarkan masuk.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Sabda Baginda SAW lagi :
“Bagi orang yang berpuasa itu merasai dua kegembiraan iaitu apabila berbuka puasa dia gembira dengan berbuka puasanya dan apabila dia bertemu dengan Tuhannya dia gembira dengan ibadat puasanya,”
Rasulallah SAW juga menyatakan bahawa orang-orang yang berpuasa mendapat kemuliaan disisi Allah SWT sebagaimana sabda Baginda SAW :
“Demi Allah yang Muhammad berada di dalam genggamannya, bahawasanya bau mulut orang-orang yang berpuasa itu lebih harum baunya disisi Allah daripada bauan kasturi.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Bahkan lebih inda lagi apabila bulan ramadhan ini dikaitkan dengan penurunan Al-quran sebagaimana firman Allah SWT :
Maksudnya : “(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.”
Alangkah istimewanya ibadah puasa kerana dinisbahkan secara khusus kepada Allah SWT sebagaimana sabda Rasulallah SAW : Maksudnya : Allah SWT telah berfirman : “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. Ia adalah untukku dan Akulah yang akan membalasnya.” (Muttufaqun ‘Alaihi)
Seterusnya, keistimewaan yang amat dinanti-nantikan dan menjadi idaman setiap insan yang dahagakan ganjaran pahala daripada Allah SWT iaitu malam Lailatul Qadr. Firman Allah SWT : Maksudnya : Sesungguhnya telah kami turunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadr. Tahukah engkau apa itu malam Lailatul Qadr? Malam lailatul Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun pada malaikat dah ruh (Jibril) pada malam itu dengan izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar. (Surah Al-Qadr).
Saya sangat-sangat berharap agar Allah membuka pintu rahmat dan mengampuni dosa-dosaku.

Wednesday, March 16, 2011

RESIPI KEK KURMA!!!

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 3/4 cawan susu kotak/UHT
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 cawan minyak sayuran/masak
  • 1 cawan tepung gandum
  • 18 biji kurma yg lembut (kalau kurma keras, boleh rendam dgn susu semalaman)
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 genggam kecil gajus/cashew nut (optional)

Cara-cara

  1. Buang biji kurma dan kisar kurma hingga halus dengan sedikit air. Masukkan kurma dalam bekas mixing.
  2. Masukkan bahan cair tadi, minyak, gula dan susu. Biarkan gaul hingga sebati. Masukkan tepung, baking soda dan esen vanilla. Cashew nut tu ditumbuk halus dan campurkan. Kalau tak suka tak payah, tapi cashew ni bagi kek rasa lemak2 gitu.
  3. Snv30225
     Bakar kek dalam 35 minit pada suhu 180C. Kalau kek tak melekat kat lidi, dah masak la tu. Selamat Mencuba.
  4. NOTA: Warna kek mungkin tak sama sebab bergantung dengan jenis kurma yg diguna.
  5. Maksud Hadis Rasulullah s.a.w. :
    “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya”.

    RASULULLAH MENGGALAKKAN KITA MAKAN BUAH KURMA.....

BANYAKKAN MASA MENDENGAR NASYID

Pada zaman sekarang... nasyid seperti tidak lagi wujud... nasib baik Maher Zain ada.... peminat nasyid meningkat 5.9%... Di mana yg lain????...... yg lain minat K-POP,BOLLYWOOD,POP ROCK dan mcm2 lagi.....

JOM JOM JOM JOM...JOM SOLAT SOLAT!