Monday, December 21, 2015

Dunia ini sebuah bilik yang gelap, Ilmulah yang menjadi lampunya

Para pembaca yang dirahmati Allah S.W.T

Saya mulakan perbicaraan ilmu kita pada kali ini dengan ucapan mulia,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Kalaulah saya bertanyakan kepada anda sekarang... kenapa anda ingin membaca penulisan saya ini? Sudah pasti, kita inginkan pengetahuan... Ya.... Pengetahuan

Dunia ini diibaratkan seperti bilik yang gelap. Insan yang tinggal di dunia ini akan berada dalam keadaan yang gelap gelita. Yang menjadi cahaya untuk menerangi kehidupan mereka ialah ILMU.
Pentingnya ilmu ini, kerana ia dapat membezakan antara baik dan buruk. Orang yang tidak berilmu, mereka akan ragu-ragu yang mana benar atau salah.

Orang yang berilmu boleh berfikir dengan cara yang terbaik berdasarkan ilmu yang dipelajari.Sebaliknya, untuk orang yang tidak berilmu, mereka akan berhujah hanya dengan menggunakan akal dan logik semata-mata.

Sebenarnya. hujah-hujah kita perlu disertakan dengan dalil. Sebagai contoh, kalau kita solat, bagi orang yang berilmu mereka akan mengatakan bahawa solat itu perintah Allah sebagaimana Firman Allah, " dan dirikanlah solat "... Dan solat ini ditunaikan berdasarkan pada apa yang Rasulullah lakukan... Sabda baginda " Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat "... Pembaca-pembaca sekalian, itu merupakan jawapan orang yang berilmu. Penuh hujah dan dalil yang kukuh.

Bagi orang yang tidak berilmu, mereka boleh katakan bahawa solat itu mesti. Akan tetapi mereka kurang jelas tentang mengapa mereka harus solat. Mereka tidak mengetahui tentang dalil atau hujah tentang solat kerana tiada ILMU. Maka dengan itu, timbullah ajaran sesat yang meringan-ringankan lagi hal-hal agama seperti solat boleh dijamakkan sesuka hati dan solat pakai niat.

INGAT... Agama Islam itu mudah dan tidak perlu dipermudahkan lagi

Melalui contoh tadi, kita dpat lihat akan kepentingan ILMU dalam memastikan segala amalan dan urusan harian kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Selagi mana kita berpegang kepada kedua-duanya, InsyaAllah tidak akan sesat.

Sabda Rasulullah S.A.W , "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara...Tidak akan kamu sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya.. Itulah Al-Quran dan Sunnah".

Bercakap tentang ilmu ini sangat luas. Cuma untuk kali ini, saya hanya ingin memberitahu bahawa pembelajaran itu sangat penting dalam kehidupan kita. Tidak semestinya kita bukan pelajar sekolah, kita tidak perlu belajar. Tidak semestinya kita sudah dalam alam pekerjaan, kita sudah tidak perlu belajar..Tidak... Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak pernah berakhir..Sehinggakan kita nak mati pun ada orang akan membimbing kita untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah Surah Al-Alaq ayat 1. Berbicara tentang peri pentingnya MEMBACA... Melalui pembacaan, ilmu itu dapat disalurkan.Pada zaman yang serba moden ini, ilmu mudah untuk didapati... Kalau malas nak baca buku, buka video dan dengar penerangannya. Mudah sekali.

Cuma sebelum saya tamatkan penulisan saya pada kali ini, ingin saya ingatkan. Pada zaman akhir ini, ilmu yang tidak sahih semakin berleluasa. Berhati-hati ketika memilih guru untuk belajar. Jika menggunakan sumber dari internet, pastikan ianya Sahih. Kita boleh jadikan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang kita kenal sebagai rujukan. Ramai sekarang ni yang ada. Kalau tak ada, carilah ya.. Demi menjaga diri kita daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

Itu sahaja pada kali ini... Salah silap harap ditegur dengan hikmah

Wallahu a'lam

Thursday, December 10, 2015

Berbaik dengan Allah, maka engkaulah manusia terbaik

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum saya ucapkan kepada pembaca yang merupakan bakal penghuni syurga Allah

Saya yakin dan percaya, sudah menjadi fitrah manusia, mereka mahu menjadi yang terbaik pada pandangan orang lain. Maka dengan itu mereka akan bertambah keyakinan dan lebih berpengaruh.Antara cara untuk jadi yang terbaik senang je, kita kawanla dengan orang-orang besar jawatannya... Bila kita berbaik baik dengan mereka maka kita juga akan dapat kelebihannya.


Namun, sedarkah kita siapakah yang terbaik? Tak lain tak bukan Dialah Allah. Maka jika kita berbaik baik dengan Allah, sudah pasti kita akan jadi manusia yang terbaik. Istilah berbaik baik di sini bermaksud kita sedaya upaya memenuhi segala kehendak dan perintah Allah dan sanggup meninggalkan perkara yang Dia tak suka.

Dengan izin Allah kita akan mendapat tempat yang terbaik di akhirat kelak. Lebih baik kita kejar jawatan sebagai ahli syurga di akhirat kelak daripada mengejar jawatan dunia yang bersifat sementara.
Ingat... Allah sentiasa dekat dengan kita semua..Banyak ayat Al-Quran yang mengatakan bahawa Allah sentiasa dekat dengan hambaNya

Antaranya:

Surah Qaf ayat 16

....Dan kami lebih dekat padanya daripada urat lehernya

Surah Al-Baqarah ayat 186

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku memperkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu

Lihat .... kita sangkakan Allah jauh dari kita
Padahal, Dia sentiasa menunggu saat kita kembali kepadaNya (^_^) sweetkan?

So, bila kita dekat dengan Allah yang Maha Kuasa , Maha Tinggi maka kita akan jadi manusia yang terbaik... Kenapa? sebab Allah lah yang terbaik daripada segala yang terbaik

Sunday, September 20, 2015

Jenis-jenis Takbir Raya

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerana kita dah nak masuk 10 Zulhijjah...apa tu?... Raya Aidiladha la.... Islam ada 2 perayaan...yang kita duk beria sangat tu Aidilfitri... yang kita duk potong kepala lembu tu Aidiladha...

Jadi, saya tak nak cerita pasal perayaan tu secara kesuluruhan...Tapi apa yang nak dikongsikan ialah berkenaan takbir.Sebenarnya saya baru balik dari masjid, dan ustaz tadi ada ceramah pasal takbir, so saya rasa terpanggil untuk sebarkan perkara ni.

Ok... Takbir ada dua jenis, iaitu Takbir Mursal dan Takbir Muqayyad.
Kita pergi one by one ya...

Takbir Mursal : inilah takbir yang kita selalu buat ketika hari raya Aidilfitri dan Aidiladha...bermulanya takbir selepas waktu Maghrib pada malam hari raya tersebut sehinggalah Pak Imam angkat takbir untuk solat raya.

Takbir Muqayyad : takbir ni dikhususkan untuk Aidiladha...bermula takbir ini pada Subuh 9 Zulhijjah hingga hari ketiga Tasyriq ( Raya ke-4 ) selepas waktu Asar.

So itulah sedikit sebanyak yang mampu dikongsikan kali ini. Jika nak kaitkan untuk takwim tahun ni, kita akan mula bertakbir pada hari Rabu ni selepas subuh sampailah Asar Ahad ini.. So jangan peliklah kalau Pak Imam bertakbir sehari sebelum raya. Jangan ada pulak yang kata Tok Imam tak pandai tengok kalender, hang tu yang tak blajor.. (Zapp) haha..

Selamat Hari Raya Aidiladha.
Sebuah Pengorbanan Ke Arah Kebenaran

*Sebarang persoalan atau cadangan boleh dikemukakan di ruang komen


Sunday, May 31, 2015

Nisfu Syaaban

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh Apa khabar sidang pembaca blog sekalian???

Harap-harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat

 Jika Rejab, adanya Israk Dan Mikraj . Jika Ramadhan , adanya nuzul quran dan lailatul qadr

 Maka pada bulan Syaaban, Allah kurniakan Nisfu Syaaban. Dalam bahasa melayunya ialah separuh

Syaaban.

 Pada ketika ini, Allah S.W.T mengarahkan malaikat untuk mengangkat buku-buku amalan kita dan digantikan dengan buku amalan yang baharu.Semestinya kita mahu hanya amalan baik sahaja yang tertulis dalam buku amalan kita kan?So, banyakkan amalan-amalan selain amalan wajib.

 Menurut amalan sesetengah orang-orang yang soleh, mereka akan membaca Yassin sebnyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban.Hal ini untuk memastikan amalan terakhir yang tercatat dalam buku amalan kita sebelum ditukar ialah amalan-amalan yang baik. Sememangnya ada yang mengatakan bahawa perbuatan tersebut merupakan bida'ah.Namun, bida'ah tersebut bersifat hasanah, tidak mendatangkan sebarang kemusykilan dan ragu-ragu untuk melakukannya. Hal ini kerana perbuatan tersebut dikira sebagai ibadah yang sunat, kebiasaan dilakukan oleh kita semua. Yang penting niat ibadah kita kepada Allah.

 Dalam bulan Syaaban juga, kita disarankan untuk menjaga tahap kesihatan kita supaya kita dapat beribadah denan baik sewaktu Ramadhan. Bayangkan kalau kita sakit masa puasa Ramadhan.. Kan rugi. So, jaga kesihatan , minum air yang banyak. Amalkan pemakanan yang seimbang. Senang citer, ikut sunnah Rasulullah S.A.W.

 Firman Allah : Sesungguhnya adalah pada kamu, pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.

Friday, January 2, 2015

Andai Rasulullah Tiada

Assalamualaikum ... pembaca pembaca yang disayangi Allah sekalian, salam maulidurrasul..sempena dengan hari maulid nabi ini, ingin saya postkan satu persoalan kepada anda semua...apa persoalannya? andai Rasulullah tiada,apakah yang akan terjadi? Allahuakbar..sangat sukar untuk kita bayangkan jika rasulullah tidak wujud ... 1.tiada baginda maka tiadalah akhlak mulia,, 2.tiada baginda maka tiadalah empayar islam,, 3.tiada baginda maka golongan wanita terus ditindas. dan banyak lagi yang anda semua boleh fikirkan sendiri Allah berfirman bahawa Rasulullah itu rahmat sekalian alam...oleh itu kita perlu bersyukur atas rahmat Allah yang paling besar ini... Beruntunglah...beruntunglah...diutus nabi muhammad... salam maulidurrasul...

Wednesday, December 17, 2014

Bala Oh Bala

Bala.....Bala....kenapa engkau datang wahai bala? Cukuplah setakat ini sahaja...

Orang Melayu menyebutnya sebagai "bala". Dalam Islam ia disebut sebagai "musibah".Sidang pembaca yang saya hormati, bala ini suatu ujian atau balasan? Maka perlulah kita ingat, sama ada ujian atau balasan, kedua-duanya sama sahaja. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab, Allah ada berfirman dalam Al-Quran dengan huraiannya , "Apabila kamu ditimpa musibah katalah Innaa Lillaahi Wa Innaa Ilaihi Raaji'uun".

Allah kata apa?
Allah kata seandainya kita ditimpa MUSIBAH, maka ingatlah Allah dengan menyebut zikir di atas.
AllahuRabbi... Itu tujuan sebenar diturunkan musibah. Maka hendaklah kita muhasabah diri apabila ditimpa musibah.Bukan mengeluh dengan menyalahkan sunnatullah.


Oleh itu, tidak kiralah apa jua jenis musibah yang menimpa kita...Redhaaaa...Sangkaaa Baikkk! 

Allah pun dah kata dah dalam satu firman yang mana musibah atau ujian ni boleh datang dengan pelbagai bentuk . Antaranya,

1.Kematian orang tersayang
2.Kegawatan ekonomi
3.Ketandusan hasil tanaman
dll.

Di negara kita, tidaklah seteruk negara lain jika hendak dibandingkan dengan bencana alam. Negara kita tidak mengalami tsunami , gempa bumi dan sebagainya tetapi hanyalah bencana alam yang kecil seperti tanah runtuh dan banjir. Maka dengan sekecil-kecil musibah itu harus kita mengambil iktibar sebelum Allah turunkan yang lebih besar.Na'uzubillah. 

Kata-kata akhir daripada saya, ingatlah huraian ayat Al-Quran ini

"Allah tidak akan membebankan hambaNya dengan bebanan yang tidak mampu dipikul oleh hambaNya"

Maka setiap kali ditimpa musibah. INGATLAH! SAYA BOLEH! SAYA BOLEH! SAYA BOLEH!

Tuesday, December 16, 2014

Apa itu dakwah?

Pembaca-pembaca yang saya hormati sekalian,,,

Dakwah? What is that? Ha... Asalnya daripada perkataan Arab yang bermaksud ajak.. Ajak apa bro? ajak buat benda baik.. So ajak buat benda baik ini tersangat luas.Tidak semestinya kita kene bergelar ustaz/ah baru nak jadi pendakwah sedangkan dakwah itu suatu kewajipan kepada kite.. paham?

KEWAJIPAN UNTUK SEMUA. dalil???

Sesiapa di antara kalian melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa),jika tidak mampu maka dengan lisan (nasihat), jika tidak mampu maka dengan hati (benci) dan itu adalah selemah-lemah iman

Ni nabi yang bersabda. Baginda kata apa? baginda kata "sesiapa di antara kalian" <<< Maksudnya apa? maksudnya tak kiralah siapa-siapa pun.. doktor ke, jurutera ke, arkitek ke... semua wajib ajak orang yang melakukan kemungkaran ke arah kebaikan.. Itu dakwah.

Tak perlu tunggu sampai boleh jadi penceramah, duduk kat kerusi kuliah, pegang kitab.. takk... apa jua cara pon boleh... ni saya tengah tulis blog ni pon suatu dakwah.

Kalau nak citer pasal dakwah ni memang takkan habis. Dakwah dengan lisan, percakapan dan sebagainya.
Kalau kita pakai pakaian secara menutup aurat, itu dah dikira sebagai dakwah. Apa lagi? Tak pernah mencarut juga merupakan dakwah... Nampak tak? secara tak langsung kita dapat tarik minat orang untuk jadi baik.. itu lah dakwah.. bukan bagi ceramah semata-mata... harap semua faham ya :D

Insya-Allah jika ada kesempatan saya akan menghuraikan dengan lebih lanjut berkenaan hadis di atas