Monday, December 21, 2015

Dunia ini sebuah bilik yang gelap, Ilmulah yang menjadi lampunya

Para pembaca yang dirahmati Allah S.W.T

Saya mulakan perbicaraan ilmu kita pada kali ini dengan ucapan mulia,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh...

Kalaulah saya bertanyakan kepada anda sekarang... kenapa anda ingin membaca penulisan saya ini? Sudah pasti, kita inginkan pengetahuan... Ya.... Pengetahuan

Dunia ini diibaratkan seperti bilik yang gelap. Insan yang tinggal di dunia ini akan berada dalam keadaan yang gelap gelita. Yang menjadi cahaya untuk menerangi kehidupan mereka ialah ILMU.
Pentingnya ilmu ini, kerana ia dapat membezakan antara baik dan buruk. Orang yang tidak berilmu, mereka akan ragu-ragu yang mana benar atau salah.

Orang yang berilmu boleh berfikir dengan cara yang terbaik berdasarkan ilmu yang dipelajari.Sebaliknya, untuk orang yang tidak berilmu, mereka akan berhujah hanya dengan menggunakan akal dan logik semata-mata.

Sebenarnya. hujah-hujah kita perlu disertakan dengan dalil. Sebagai contoh, kalau kita solat, bagi orang yang berilmu mereka akan mengatakan bahawa solat itu perintah Allah sebagaimana Firman Allah, " dan dirikanlah solat "... Dan solat ini ditunaikan berdasarkan pada apa yang Rasulullah lakukan... Sabda baginda " Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat "... Pembaca-pembaca sekalian, itu merupakan jawapan orang yang berilmu. Penuh hujah dan dalil yang kukuh.

Bagi orang yang tidak berilmu, mereka boleh katakan bahawa solat itu mesti. Akan tetapi mereka kurang jelas tentang mengapa mereka harus solat. Mereka tidak mengetahui tentang dalil atau hujah tentang solat kerana tiada ILMU. Maka dengan itu, timbullah ajaran sesat yang meringan-ringankan lagi hal-hal agama seperti solat boleh dijamakkan sesuka hati dan solat pakai niat.

INGAT... Agama Islam itu mudah dan tidak perlu dipermudahkan lagi

Melalui contoh tadi, kita dpat lihat akan kepentingan ILMU dalam memastikan segala amalan dan urusan harian kita berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Selagi mana kita berpegang kepada kedua-duanya, InsyaAllah tidak akan sesat.

Sabda Rasulullah S.A.W , "Aku tinggalkan kepada kamu 2 perkara...Tidak akan kamu sesat selagi kamu berpegang dengan kedua-duanya.. Itulah Al-Quran dan Sunnah".

Bercakap tentang ilmu ini sangat luas. Cuma untuk kali ini, saya hanya ingin memberitahu bahawa pembelajaran itu sangat penting dalam kehidupan kita. Tidak semestinya kita bukan pelajar sekolah, kita tidak perlu belajar. Tidak semestinya kita sudah dalam alam pekerjaan, kita sudah tidak perlu belajar..Tidak... Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak pernah berakhir..Sehinggakan kita nak mati pun ada orang akan membimbing kita untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Ayat yang pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ialah Surah Al-Alaq ayat 1. Berbicara tentang peri pentingnya MEMBACA... Melalui pembacaan, ilmu itu dapat disalurkan.Pada zaman yang serba moden ini, ilmu mudah untuk didapati... Kalau malas nak baca buku, buka video dan dengar penerangannya. Mudah sekali.

Cuma sebelum saya tamatkan penulisan saya pada kali ini, ingin saya ingatkan. Pada zaman akhir ini, ilmu yang tidak sahih semakin berleluasa. Berhati-hati ketika memilih guru untuk belajar. Jika menggunakan sumber dari internet, pastikan ianya Sahih. Kita boleh jadikan ustaz-ustaz atau ustazah-ustazah yang kita kenal sebagai rujukan. Ramai sekarang ni yang ada. Kalau tak ada, carilah ya.. Demi menjaga diri kita daripada terpengaruh dengan ajaran sesat.

Itu sahaja pada kali ini... Salah silap harap ditegur dengan hikmah

Wallahu a'lam

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq atas Al-Quran yg diberi..
      moga dilimpahkan rahmat ke atas mu..
      moga amal jariahmu diterima Allah..
      don`t worry..hamba Allah yg hina ni x akan menggangu hidupmu lg..

      Delete